Jumaat, 22 Mei 2015

cara buat background blog bergerak mudah!

hai.. mungkin kalau kita taip kat google banyak cara nak buat background ni , tapi tyra saja je nak share lagi.. heheh yang kat google tu banyak cuma banyak yang kena copy html apa semua, macam susah sikit. so yang ni macam senang sikit laa.. so here were go !

1) kalau tak ada gambar, korang boleh save gambar dulu kat komputer korang tekan link ni http://www.glitter-graphics.com/  pastu pilih je gambar mana yang rasa berkenan di hati ..


2) lepas tu, buka blog tekan template > customize




3) dah tekan customize dapat preview macam ni.. tekan background > upload gambar yang korang save kat komputer pakai link tadi lepastu save laa.. dah siap.. hehee senang kan.. 


semoga berjaya !

Rabu, 15 April 2015

15 april 2015 dalam kenangan. bukan manis tetapi pahit ! sepahit dan seperit hati yang dirasa :')

Hello *lambai tangan*
Haritu petang, dalam pukul 4 macam tulaa keluar jalan-jalan ngan hafiza exam final semester dah habis kan, kononnya nak balik lambat sikit kat rumah sebab tak buat apa bila balik rumah so, spend time ngan kwn dulu laa release tension kononnya tapi barang semua dah kemas la sebab yelaa mana tahu tiba2 ayah nak datang ambik...so, petang tu Kitorang Mula-mula rancang nak pergi midvalley. Naik monorel kat imbi sebab nak pergi kL central tapi maklumlah naik monorel kan mesti sampai kat OU central dulu. Perhh dengan excitednya kat dalam OU tukan banyak kedai macam mall jugak, so kitorang batalkan niat kitorang untuk pergi Midvalley..
First jalan-jalan masuk kedai sephora cari losyen apa semua yang berkenan la kan, dah puas jalan rasa lapar singgah laa makan kat Chicken Rice Shop. Time tu dah nak dekat pukul 6.30 dah habis makan semua.. *eh rasa vibrate* ohh mama call “hello mama?” “kakak kat mana nie? Ayah nak ambik kakak balik rumah malam nie, kemas laa baran apa yang patut” mama dengan suara yang memujuk “alaa mama, kakak kat luaq nie, suruh laa ayah ambik kakak esok..kakak rasa tak sempat laa kalau nak balik ,nak kemas barang semua” tyra cakap dengan lagak diaa sebab tak puas lagi nak berjalan dan ambik keputusan ikut kepala dia.. “haihh dok pikiaq dia jaa, ayah tu kerja tak tentu masa, tengok la esok pagi, kemas barang tu siap-siap, mama suruh ayah ambik pukul 7” mama bersuara agak tegas.. “haa, okay mama,nanti kakak kemas semua.. bye2” tyra senyum puas.. pastu pergi kat fiza, jom solat dah pukul 6.30 nie tak sempat nak asar.. so kitorang cari surau..time nak cari tu ternampak mph ehh singgah jap laa,,beli buku.. fiza pun kata jom laa.. dah beli semua pastu nak dekat pukul 7 baru cari surau..
Dah sampai surau dalam pukul 7.10 minit , kelam kabut nak solat takut maghrib kan.. so masa letak beg ngan buku yg dibeli tu ada laa sorang makcik tua nie muka dia perghh gilaa nampak baik sangat2 macam tengah tunggu nak solat maghrib tegur kitorang yang Nampak kelam kabut tanggalkan tudung “adik nak solat apa nie?” makcik tu cakap “solat asar..” tyra jawab dengan senyuman yang tak lekang dari bibir,dalam masa tu fiza diam jaa dok buka tudung dia tulaa. “ohh engat nak solat maghrib, haa cepat2 dah nak masuk maghrib nie sekarang maghrib masuk awal”  makcik tu jawab lagi sekali pastu tyra cakap “haa..tulaa dah lambat nie” pastu kitorang sama2 ambik wudu’ pakai telekung semua..letak handbeg kat tepi..tutup degantudung tapi ya Allah kenapa yeaa rasa tak sedap hati sangat time solat.. tak pelaa mungkin perasaan je kot ! *urut dada*
Selesai solat, tyra pandang tepi.. kenapa yea tudung tu Nampak lembik je macam tade pape kat bawah tudung tu.. tyra pun Tanya fiza “ fiza kita letak beg bawah tudungkan?” fiza dengan kelam kabut bangun capai tudung dan dengan lemah longlai tyra ikut kat belakang dia tengok handbag kitorang dah tade kat situ..kelam kabut tyra capai shawl..selempang jaa..tak fikir apa dah terus lari keluar..lantak laa huduh kaa apa..janji dapat balik handbag tu. Yang si fiza boleh pulak duk betulkan shawl dia..tyra dengan mengigil panggil dia kat dalam surau time tu tyta dah kat luar. fiza pun keluar dr surau lari kesana sini tanpa hala tuju. Tyra ke sebelah sana dia ke sebelah sini. Tak jumpa?? Tinggal dah semua barang yang kitorang beli tadi dalam surau. Aahh lantak la ! handbag lagi penting !!! hurmmm Tanya budak perempuan yang depan surau tu Nampak ada org lalu tak? Dia cakap byk yang lalu sebelah kanan.. and dia sarankan kitorang jumpa polis bantuan kat tingkat bawah. Dengan langkah laju sambil berlari2 tyra tenampak sorang polis kat tingkat bawah tepi lif tyra terus pi kat dia.. panggil “abg polis, tadi kitorang solat lepastu tengok tepi handbag kitorang hilang,” tyra dengan suara nak nangis je cakap ngan polis yang agak gempal badan dia, dia pun jawab “okay korang bertenang, ikut saya” bertenang??? Abang polis tahu tak handbag kitorang kena curi tau macam2 adaa dalam tu :’( pastu tyra ngan fiza ikut jaa polis tu bergerak ke satu tempat ..haaaa…
“Ehh bilik apa nie” tyra cakap dalam hati. Buka je bilik tu angin aircond lembut je kena pipi. Uisshh bestnyaa… aiippp tyraa engat tujuan asal HANDBAG okay?? Dah langkah masukk sorang polis nie tegur “buka kasut yeaa’’  --‘ aduhh abg polis nie orang tengah nervous okay mana nak engat yang kat kaki tu ada kasut.. errr dah sampai sana pi tengok cctv dia pun tgk yang kejadian dari pukul 7 sampai 7.15 tak de pun? Apaa? Tak adaa? Haissshh ada yang silap nie.. pastu kwn dia tegur rupanya dia tgk yang tarikh semalam.. ohh ! okay tengok yang tarikh harini pulak.. tak ada jugak?? Tyra perati jaa mana yang silap . urmm okay dah Nampak..tyra pun tegur “ eemmm, tu 7a.m ..kitorang jadi 7p.m “ diaa kata “yaAllah apa aku ni tak betul dah kepala otak nasib awak tegur.. haihh abg polis buat tyra rasa makinn saaaaayaaaaannnnggg sangat.. -,- pastu nampak kitorang jalan dalam cctv tu…”haa tu kitorang ngan tu handbag kitorang” dia pun pakai walkie tokie cakap suruh awasi suspek pakai baju putih tudung biru. pastu ada polis perempuan panggil suruh isi maklumat. Dia cakap sorang datang sini nak suruh isi nie jap..tyra pun pergi kat sana.. isi nama ngan  no ic. Pastu sorang polis lagi ajak keluar ikut dia pergi tingkat bawah buat report polis. Eh tapi tak siap lagi ni isi maklumat ? aahh tinggal jelaa.. hehee
Ikut lagi polis tu pergi balai yang terdekat. Masa nak keluar dr bilik cctv Nampak sorang polis muda ni uisshh hensem *eh sempat lagi ushaa gatai hang nie* masa dalam perjalanan keluar tu fiza cakap yang curi beg kitorang tu adalahhh? MAK CIK YANG TEGUR KITORANG MASA KAT SURAU TANYA NAK SOLAT APA TU !!??!?!??!!! kurang hajar punya makcik tuaaa, tak sedar diri!!! Muka Nampak je baik.. dalam lingkungan mak2 kita jugak laa.. aissshhhhhhhhh .. kalau jumpa aku tumbuk buat ayaq asam tak bergurau ni serius k ! hurmmm!!! Sampai je kat sana..buat laa report separuh pastu makcik tu call fiza pakai no tyra. Ohh mentang-mentang credit aku banyak seronok kau call orang ehh? Dia call cakap nak pulangkan handbag tapi minta no pin acc bank.. pastu polis tu suruh buat call balik tapi fiza tak de credit  dia pun bagi duit 5 ringgit kat fiza suruh beli topup baiknyaa.. <3 kebetulan fiza bawak henfon dia masa nak solat tu yag dia boleh contact tu..tapi pelik macam mana dia tau ya fiza tu keluar ngan tyra? Memang penjahat terlatih betul kau nie kan makcik tua..
Pastu serta merta kitorang behenti buat polis report sebab polis tu ajak keluar call pencuri tu *guna gelaran pencuri lagi sedap* dia angkat dok minta no acc bank apa semua. Kitorang tak bagi. Last2 tyra bagi no acc tyra ada 400 ratus .. demi nak pulangkan handbag tyra sanggup bagi tapi tak bagi no acc bank rakyat.. dia call lagi minta no acc ank rakyat dalam tu ada lebih kurang dua ribu gila tyra nak bagi? Pastu dia cakap nak pulangkan handbag tu.. :’( tapi dia tak nak ada polis ikut kitrang kalau tak dia nak ubah fikiran . sebab dia Nampak dari atas yang kitorang ada ke tak ngan polis tu. Pastu dia janji nak tunggu depan CIMB bank. Tapi kitorang Tanya bank mana dia cakap cari sendiri tapi jgn Tanya polis..okayy deal ! Kitorang pun tunggu diawasi dengan polis yang dah tukar baju macam orang biasa buat2 baca surat khabar,main henfon.. ceh ! rasa macam kat dalam tv laa pulak..  hehehee tunggu punya tunggu kat depan bank..sebuah bank ke sebuah bank yang kitorang pergi.. tapi gagal semua dia Cuma penipu.. yeaa penipu.. penjahat mana yang dah ambik barang orang pastu nak pulangkan? Kan?pastu jumpa polis yang ikut kitorang cakap tak pelaa, tak jumpa tak de rezeki..
 Dah putus asa kitorang balik ke balai terus sambung buat polis report. Sebenarnya macam2 lagi yang jadi masa nak jumpa penjahat tu tapi kalau nak cerita sampai esok tak habis kan..hehehe.. Dah la tengah sedih kena marah pulak sebab lambat buat report habis tadi polis tu yang ajak keluar..kitorang ikut jelaa..skrg salah pulak kata lambat patutnya kena habiskan buat report dulu. Yelaa.. pastu dah buat report sambil dengar leteran polis yang membebel macam2 tu dengan segala nasihat dorang kitorang terima. kitorang keluar pastu ucap terima kasih. Fiza call kesayangan dia suruh ambik kitorang kat OU central. Nasib fiza bawak henfon dia masa solat kalau tak tak balik la kitorang . Dengan lemah kitorang tunggu kesayangan fiza kat sana. Penat? Yaa memang penat dengan sehelai sepinggang ..tak de apa lagi. Nak call mama tak de apa dah macam mana nak call duit tak de.. Duit lebih kurang 3 ribu kalau campur semua,henfon dua biji, wallet ada semua kad,ic,pendrive dan semua barang yang berharga hilang macam tu je.. yaAllah sungguh berat ujianmu.. :’) jumpa public pun tak boleh guna dah sekarang. Zaman makin maju semua public rosak tak baiki dah.
 Pastu kitorang pergi surau balik ambik barang apa yang tinggal tadi nasib orang tak ambik jugak barang ni.. denganrasa sebersalah, berdosa sebab tinggal solat maghrib yelaa sampai terlupa semua tu tadi sebab dok fikir pasal handbag ,ikut polis pi sana sini. Sempat asar jee..hurmmTetiba penjahat tu call lagi nak pulangkan.. dia akan pulangkan guna pos laju hntar kat tempat belajar kitorang. tyra dah penat dah, tyra cakap kalau nak pulangkan, pulangkan jelaa..tak kesian ke buat kat kitorang macam ni, pelajar kot.. dia kata dia terpaksa buat sebab nak bayar hutang..terlupa pulak masa dia minta no pin bank tu tau tak nape tyra bg no pin bank cimb tu? Sebab dia ugut nak pinjam along.. “awak nak saya pinjam along juna ic awak and awak diburu along sebab tak bayar hutang atau awak nak bagi saya no acc bank nie” tyra takut sangat dia ugut macam tu sebab tu tyra bagi no acc bank tyra.. tak boleh fikir apa dah sebenarnyaa masa tu.. :’( masa dia call dia ada cakap something, oh  patut laa polis sekat and pantau kat mesin atm semua tak jumpa pencuri tu sebab dia guna orang lain untuk ambik duit dalam acc bank.. so kitorang patah balik kat balai polis tuk bagitau pasal tu, dorang cakap ada pape cerita kat sarjen yang dorang dah tulis no fon kat dalam report kitorang.. tyra kata takk saja nak bagitau sebab dia baru lepas call. Time tu tyra dalam sedih lagi sebab baru lepas cakap ngan mama.. mata pun bengkak lagi. Polis tu Nampak kesian kot, dia ajak tyra masuk dalam balai dia bagi duit, dia bagi dalam balai sebab tak nak orang fikir bukan2 dia suruh beli minum kesian kat kitorang.. tyra pun ucap terima kasih. Yaa abg polis kat sana memang baik.. terima kasih semua sebab tolong kami..:’)pastu  Terus pergi dari situ beli minuman. Sementara Tunggu kesayangan fiza datang jemput..
Haa masa mama tyra call tu.. pakai no aten, mama pergi tempat belajar tyra sebab mama dah susah hati time tu , mama pi bilik tyra Tanya sape yang tau tyra keluar ngan sae, semua tak tahu sampai mama terjumpa aten kat lif , aten cakap dia kenal tyra..tu yang mama minta no fiza kat aten. Sebab aten cakap tyra keluar ngan fiza, aten tu roommate fiza..huhuu masa mama call mama cakap mama dah tau dah apa yang jadi sebab penjahat tu call and dia kata dia tersalah ambik beg, dia engat beg tyra tu beg dia, rupanya kwn dia dah abik kan beg tu so dia nak pulangkan beg tu.. dia kata kat mama tunggu kat balai polis sentul sebab nak pulangkan beg tu,sampai 2jamlebih mama tunggu dia Cuma tipu..terus mama pergi tempat belajar tyra..tu yg terjumpa aten. mama cakap nape tak bagitau mama? Dah2 tamau sedih lagi..mama Kakak tade duit mama nak bagitau.. semua benda dah tade.. sehelai sepinggang..mama macam nak salah kan tyra sebab dia engat tyra cuai..tp tyra cakap, mama pencuri tu menipu maa..mana ada dia salah ambik beg, dia curi time kakak tengah solat..mama terkejut, pastu mama cakap mama tunggu kat tempat belajar tyra..
Pastu dalam pukul 10.30 kesayangan fiza sampai hantar kitorang baik sana. Dalam kereta tyra minta fon fiza nk call megat..hehehe tak lupa jugak yang tu..dia pun angkat dengan –pelik dia Tanya sape nie tyra cakap nie tyraa.. pastu dia tutup..dia kata tak dengar tapi dia call balik, tyra rasa nak nangis lagi sekali masa nak ngadu kat dia tu..huh! pastu cerita laa semua serba sikit then tyra kata pasni kita tak contact dah tau..ada rezeki kita contact lagi,, jaga diri.. tyra tade fon lagi..dia dengan sedih “eh jangan laa macam tu” macam tak nak lepaskan tyra jaa..pastu tyra kata okay laa..tataa dia kataa ehh jap laaa..hehek tak pernah tau dia call time dia dok kat hostel agak terkejut + terharu bila dia jadi lagutu..hikhik tyraa terus kata nanti kita lagi tgk la tyra pakai fon sesapa..dia kata jgn lupa dia apa semua..okay tu jaa..pastu tutup..urmm
sampai jaa tempat belajar tu Tyra terus jumpa mama,sampai sana dalam pukul 11 lebih.. Dari pukul 8 sampai 10 mama tunggu kat balai polis sentul terus pi tempat belajar tunggu tyra sampai pukul 11 lebih..hurmm..sorry mama..sampai je sana, mama Tanya macam2..nak call bank tapi semua dah tak angkat sebab dah malam.. tawakal jee..kalau ada rezeki duit dalam bank rakyat ada lagi, sebab no acc Cuma pakai ps no ic jee..hurmmm jumpa guard kat tempat belajar.. dia kesian kan tyra yela ngan mama ayah tunggu lama..hurmm kan sepatutnya kalau pukul 11 tu kad kena tahan uisshh tapi dia bagi balik..yang si fiza sempat lagi berdating..perghh tyra rasa nak mengamuk laa kan dah lambat pagar dah tutup kot ! tyra call dia,, “fiza masuk sekarang!!! Tak payah nak dating, pintu pagar dah tutup tau tak!!!” dia pun tak kata apa terus masuk tapi sebab pagar dah tutup tyra kena jumpa guard tu. tyra cakap” pakcik nie kwn saya yang sama ngan saya tadi” guard tu un buka pintu tub g kad kitorang..pastu tyra salam mama ayah..depa nak balik pastu ayah ngan mama pesan suruh kemas baju nak balik esok pagi tyra ikut jaa apa dorang cakap..pastu mama tak marah pun, jnji anak selamat dapat tengok depan mata dah legaa..

Pastu kitorang sama2 masuk dalam bilik.. mandi pastu solat isyak semua terus tidur.. serius nie tyra cakap pengalaman yang paling perit ngan sedih dalam hidup tyra selama 20 tahun tyra hidup.. :’)kawan2 pasnie jangan mudah percaya kat orang tau..engat ! tak semua orang Nampak baik ..dalam hati tu ada yang busuk..walaupun luaran dia Nampak baik. Tu orang ada sebut don’t judge people by look under its cover. Hati2 bila masuk tempat awam.. nak solat tu make sure sorang jaga beg..sorang lagi solat..gilir2.. okayy dadaaaa *flying kiss*

Jumaat, 6 Mac 2015

hujan sepi - ippo hafiz lirik

Hujan sepi lirik - ippo hafiz 

Hυjan тerυѕ тυrυn
Mendengar ѕayυ ѕepιnya нaтι
Menanтι ĸeмвalιnya ιraмa нaтι
Pengυвaт мιмpι jιwa gelιѕι

Sυdaн pυaѕ ѕυdaн
Dιrι dιnanтι oн тιdaĸ ĸeмвalι
Terυѕ мendoaĸannya
Agar dιa тeтap ιngaтι
Dι ѕιnι aĸυ ĸan мenjelмanya

*aĸυ тaĸ вιѕa υnтυĸ ĸenangι мaѕa
Jιĸa ĸιтa вerѕaмa
Perιтnya raѕa нaтι
Tιada yang мengerтι
Teтaplaн dι нaтι тerυѕĸan мenanтι
Oнн ooнн oнн..

Repeaт * 3х 



maaf diatas segala kekurangan di dalam lirik

Rabu, 7 Mei 2014

overnight yang paling gilerr....

Haii..assalamualaikum…lama tak cerita kat dalam nie..urm..harinie nak cerita pasal malam overnight
Ngan kawan2..ahaks ! masa tu..dah nak dekat cuti sem..so,budak2 roomate semua sepakat
“Kita pi overnight…hahaa *joget2*” nad cakap “apa kata kita sewa kereta,boleh jalan ikut
Suka hati kita..ronda sana,ronda sini…” semua excited tahap giler niee…masing2 fokus
Je dekat nad..apa die cakap kita semua yaa..haa..btl tu…berbincang pasal nak
Berjalan no 1 semua..padahal exam akaun esok..semua rilex macam tak de pape..boleh pulak
Buat perbincangan nak pi sana Sini..haaahaaa pastu yani cakap…”haaa ! aku boleh bawak
Kereta..aku ade lessen,so senang la nak pi mana2..aku setuju ngan cadangan nad,kita sewa kereta
Makcik aku ade buat sewa kereta kat shah alam..nanty kita sewa kat makcik aku laa..murah sikit
Satu hari 80 ringgit..so kita empat orang jadi 20 ringgit sorang..” haaaa…semua makin bertambah
Excited…farah pulak smbung “aku setuju..tapi kalau mama yani mengantuk mcm mana?”
Yani cakap “tak pe…kita tidur kat mana2 dulu rehat..farah ada lessen kan..nape tak bawak?”
Farah cakap “memang aku ade..tapi kalau aku bawak alamatnya semua masuk lombong laa
Jawabnyaa..hahaa aku tak nak ambik risiko doe..” tyra cakap”so kita nak pi mana je nie?”
Nad mula berkata-kata..*semua start focus…* ”apa kata kita pi makan kat soeul garden yg
Lela cakap tu..macam best je..kita pi makan besar..hahaa,pastu kita pi pd..haa lepak kat sana
Pastu kita pi downtown..kita cari barang2 bg kat papa, mama kita” haaa semua setuju…
Pastu masing2 dah mula baring and golek2 atas katil..tgl jam..pukul 4 pagi…wah hebat
Perbincangan malam tu…farah bersuara “eh,esok exam akaun..papa pun tak study..semua excited
Nak pi overnight..haha terbaik la korang..ape kata kita tak payah tidur malam nie..”
Nampak tak idea farah kat situ..agak habit permainan die..hahaa pastu,esok…lepas je
Paper akaun..semua siap2…nak pi ambik kereta sewa kat shah alam..permualaannya
Naik teksi pi jj..sbb ade yg nak tukar seluar la..baju laa…haih..mcm2..then terus pi
Lrt maluri…and naik ktm..smpai shah alam..dalam ktm tu..dok tempat yang ramai lelaki
Kena berdiri pulak tu..haiishh..rimas giler…semua dok tengok atas bawah
pastu,dah smpai…ambik kereta sewa…semua naik kereta and mama yani bawak…fuuhh!
seronok tak terkata masing2 nie..sampai bergoyang2 kereta..mama yani marah “korang boleh
diam sikit tak duduk dalam kereta nie..samapai gegar kereta aku nak bawak pun tak bole”
hahaa..semua diam and terus menuju ke destinasi..takut ngan yani punya pasal..hahaa
mula2 nak pi seoul garden shah alam..guna gprs..haahaa..pasai tak tau tempat kat mana..
guna gprs pun sesat juga..mama yani tu keja nak marah jaa..kami semua takot…
pastu sesat sampai puchong…set2..tukar plan pi seoul garden puchong pulak..hahaa
sesat juga..sampai serdang..tak pe2…nad kol mama die nak mintak izin pi pd..mak die tak
bg…hok alorh…tukar plan lagi..kita round2 kL jerrr katenyerrr…okay…dah smpai serdang
sesat lagi smpai ke balakong…k..mama yani start emo..marah2..rilex laa..kate nak jalan2…
kitorang ikut gprs je…aduii…semua mood tensyen..time tu dah pukul 5…k..jap2…
benti solat asar kat petronas dulu..hehee..semua nak marah sebab satu hari tak makan
pape lagi…seoul garden pun ke mana dah..so,beli magi,roti2 dulu kat petronas…
pastu terus kan perjalanan…sesat lagi…ke putrajaya pulak dah….k..muka masing masam
bagaikan cuka..frust tak dapat makan kat seoul garden…nad cakap”tak pelaa tak yah pi seoul
garden..kita patah balik..pi the mine kat serdang..aku tahu jalan nak pi sana”
semua ikut nad..lapar punya pasal..pastu patah balik dr putrajaya pi the mines..sampai je sana
semua terpandang satu board tulis seoul garden…perh ! masing2 terharu, cari punya cari smpai
sesat last2 ternampak kat the mines..serok tak terkata..hehee…k2..dah maghrib nie..kita solat
dlu…pas solat semua menuju ke destinasi..pi makan kat sana…wahh..kenyang nya..dapat makan
puas tak terhingga..hehee..dah makan2 dari pukul 8.30 mlm sampai pukul 9.45 malam..
pi solat isyak pulak…pastu menuju ke destinasi seterusnya…downtown serdang..
nak lepak sana sampai pagi katenyerr..”kita shopping puas2” hahaa tak sampai setengah jam
kat downtown..masing2 buat muka cekodok sbb bosan…hikhik pi sana tak beli apa pun..
balik laa..menuju destinasi seterusnya…kita pi karaoke…jom…tapi tak jd..sbb sesat lagi..
nie laa keje kitorang..asyik sesat je..huwaaa….;’( pastu acik jumpa tol..dah lebih 20 tol dah
kene…okay3..rilexs..kita pi kepong pulak..rumah tyra..masing2 dah penat..fikiran semua
tak waras..hahaa…tyrra cakap “jom pi lepak titiwangsa” okay semua setuju…smpai sana
terlajak..sebab tyra dah tak nmpak jalan malam2..mama yani mula hempas stereng kereta…
semua diam..takut kena marah..hurmm…tahu la penat…jalan la marah2…sampai titiwangsa
tak tahu nak buat apa..tangkap gambar dua tiga keping…pastu balik..bosan je rasa…
pi kedai mamak kat jalan kucing pukul 1 pg..pastu dah makan,minum semua,masuk kereta
tidur kat dalam kereta…tepi jalan..mmg Nampak kesusahan kat situ..hahaa nad and farah tak
tidur..dorang jd guard tyra and mama yani yg sedap dibuai mimpi…tiba2 dikejutkan dengan suara
nad “weyh…..!!! weyh….!!! Bangunnn….!!!..ade motor mat rempit…aku takot “ aduiii nad nie..
buat suspen orang je…dorang tak kacau kita pun..pastu sampai subuh…solat kat
surau ppr..hehek..dah solat sema pi sarapan nasi lemak kat bt 5..nak pi rumah tyra..masing2
takut…huh..pastu dah pukul 9…pi shah alam balik..katenyer nak ronda2 kat sana..dalam kereta
kitorang farah,tyra and nad..gelak2..pastu mama yani marah “korang nie boleh senyap tak?!!?
Bising laa..!! aku nak bawak kereta nie…nak cakap tu cakap bahasa insyarat je!!!” semua diam..
takut kat mama yani..hurm Yani Tanya nak belok mana nie..semua diam..
nad still pegang fon dengan gprs dia tu..tp dia tak berani nak bersuara takot kena marah
Sebab yani suruh diam..hehee…yani cakap “hai korang nie perli aku dah nie..sampai
Tak de suara langsung…aku Tanya jalan semua diam” yela dah dia suruh diam…kitorang
Dah keras perut dah dalam kereta tu..sebab tak leh cakap…tyra ngan fara lagi keras perut
Sebab masing2 dok tahan gelak..nak gelak tak de suara..bukan senang..keras perut weyh…!!
sampai sana pukul 12..urm2…pi makan secret resepi…dah makan duduk dalam kereta je..habiskan
minyak..tp tak habis2..still full..pastu dah pukul2..singgah petronas solat zohor…
engat lepas solat nak pi ronda2..tp takot sesat lagi…so..hantar kereta…pukul3..balik…
yani and farah sampai tertidur dalam ktm..penat sangat la tu..muka masing2 tak
Nampak macam orang tapi lebih kurang macam zombie dah..err…kalau orang tengok pun tak
Rasa nak kacau kami..hehee..sampai asrama..semua tidur tak engat dunia…huh ! overnight
Yang paling gilaa pernah tyra lalui..tak mau laa..overnight cmtu lagi..dengan mama yani yang
Asyik nk marah2..hurm…*pejam mata*

Rabu, 26 Mac 2014

pimple...dush ! dush ! eyakkk !

hai...hello...huii..huii...*lambai tangan* harini tak tau nak cakap pasai apa...tu dia..tu dia...mai sini mai sini...nak story morry sikit...(tiba-tiba timbui idea kat kepala nie)jerawat??? so what? kalau ada jerawat pun tak salah kan...bukan nya tu satu penghinaan..satu kata cacian buat semua orang yang ada jerawat...*segala kata cacian yang telah engkau berikan..membuatku rasa kosong~kosong~ ohh ohhh* nyanyi sat bagi hilang sakit hati nie...huh ! geram je bila kena ejek..kene kutuk..kena apa lagi semua laa...err..kalau boleh tampor mulut orang yang ejek..kutuk and whatever tu dah lame dah eden tampor laju-laju sampai senget mulut dia...tapi..tak paa...kesabaran ku masih tinggi..umpanya tingginya langit biru di atas sana..cewahh..poyo je ayat..hahahaaa sebenarnya,bukan kita nak kan semua benda nie jadi kat kita..kita tak pernah pun mintak "hey jerawat! kau sini cepat tumbuh kat muka aku...aku suka laa kalau kau kat muka aku nmpak cantik je" tak de kan..orang giler je kot yang mintak macam tu.*lap peluh* bila orang yang ada jerawat kat muka nie..tyra tahu..hari-hari dorang berusaha macam-macam supaya hilang semua tu kat muka dorang.tapi orang sekeliling yang tak pernah paham kan...dorang tetap nak kutuk..nak rendah-rendah kan kita..macam mana pun..bersabar jelaa..kerana orang yang bersabar Allah pasti akan bantu..heee (jadi ustazah jap) okay laa..dah azan..off line dulu..assalamuaalaikum...^^

Sabtu, 15 Februari 2014

jangan menagis untukku~luvia

sekali ku telah berjanji
Tak akan mudah ku telan kembali
Karna ku t'lah memilih cinta hanyalah satu
'Tuk dirimu
Namun apa yang t'lah kau beri
Memang lidah memang tiada bertulang
Dulu kita berjanji tak akan pernah saling menyakiti

Reff:
Cukuplah sudah jangan menangis untukku
Hapuslah air matamu
Beribu kata maafmu takkan merubah
Hati terlanjur terluka
Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia
Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku

Back to Reff
Selalu 'tuk mencoba dan terus mencari
Jalan untuk maafkanmu
Walau ku tahu semua hanya sia-sia

Ku sadar cintamu terlahir bukan untukku




lepas apa yang awak buat pada saya..langsung tiada kata maaf buat saya..tapi saya tetap terima dan terus mencuba menjalani hari2 saya dengan kuat..;)

jangan pernah berubah st12

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan
Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan
Reff:[*]
kau Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan
[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Back to Reff:[*] , [**]

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya